Isnin, 12 Ogos 2019 | 3:49pm
WAKIL parti Buruh, Diane Abbott.

PM UK mungkin berdepan undi tidak percaya - Parti Buruh

LONDON: Parti pembangkang Britain, Parti Buruh berkata kerajaan Perdana Menteri Boris Johnson mungkin berdepan undi tidak percaya, ketika bercakap dengan parti lain di Parlimen mengenai pilihan yang ada.

Ketika di tanya BBC mengenai kemungkinan undi tidak percaya, wakil parti Buruh, Diane Abbott berkata: “Siapa yang yakin terhadap Boris Johnson kecuali mereka yang berada di sekelilingnya?”

Abbott yang juga bakal menteri hal ehwal dalam negeri berkata beliau tidak layak untuk mengatakan bahawa undian sedemikian akan berlaku, tetapi mengakui ia adalah satu pilihan.

“Kami sedang berbincang dengan semua parti lain di Parlimen dan sekiranya kami memilih undi tidak percaya, kami mahu melakukannya dengan penuh yakin bahawa kami oleh memenanginya,” kata Abbott. - Reuters

Berita Harian X