Isnin, 12 Ogos 2019 | 10:44pm
Sebahagian penunjuk perasaan berbaring di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. - Foto AFP

Keganasan di Hong Kong membimbangkan - Britain

LONDON: Kerajaan British bimbang dengan keganasan terbaharu di Hong Kong dan mahu semua pihak bertenang, menurut jurucakap Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, hari ini.

Lapangan terbang Hong Kong membatalkan semua penerbangan, hari ini, dengan pihak berkuasa menyalah penunjuk perasaan terhadap gangguan di salah satu terminal tersibuk dunia itu.

Jurucakap Johnson berkata, Britain mahu kerajaan Hong Kong berbincang dengan semua pihak menerusi dialog yang membina. - Reuters

Berita Harian X