Selasa, 13 Ogos 2019 | 5:55pm
Pasukan Palang Merah Britain mewujudkan suasana penempatan pelarian Rohingya, di sebuah gedung beli-belah Westfield, di London. - Ihsan Thomson Reuters Fondation

Penduduk London 'rasai' derita pelarian Rohingya

LONDON: Pembeli-belah di sini diberi peluang untuk merasai pengalaman berada di kem pelarian terbesar, apabila sebuah badan amal mewujudkan suasana hutan di selatan Bangladesh, penempatan hampir satu juta pelarian Rohingya, di sebuah gedung beli-belah, hari ini.

Hasil ciptaan interaktif Pasukan Palang Merah Britain itu memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat gaya hidup yang dilalui puluhan ribu pelarian yang melarikan diri dari Myanmar daripada serangan kejam tentera pada 2017.

Hampir dua tahun selepas serangan itu, Pasukan Palang Merah berkata, mereka mahu memastikan orang ramai tidak lupa kepada etnik Rohingya dan ingin meningkatkan kesedaran terhadap keadaan kediaman mereka apabila dilanda musim hujan monsun.

“Kami mahu orang ramai sedar dan memahami apa yang kami pamerkan ini adalah krisis kemanusiaan pada skala epik yang masih berterusan selama dua tahun.

“Kamu melihat kepada komuniti yang rapuh, terus terdedah kepada risiko. Pameran di gedung Westfield, timur London ini menampilkan tempat perlindungan di kem Bangladesh, kediaman lebih 900,000 pelarian dari etnik minoriti Rohingya, dan termasuk rakaman video temuramah bersama beberapa penduduk,” Kata jurucakap Thomson Reuters Fondation, Paul Amadi. - Reuters

638 dibaca
Berita Harian X