Khamis, 15 Ogos 2019 | 1:37am
Nora Anne Quoirin.

Perancis buka siasatan jenayah kematian Nora Quoirin

PARIS/SEREMBAN: Pejabat pendakwa raya Perancis membuka siasatan jenayah terhadap kematian remaja perempuan berketurunan Ireland dan Perancis, Nora Anne Quoirin, 15, yang ditemui maut di Malaysia.

Menurut jurucakapnya kepada Reuters, pendakwa raya Perancis membuka siasatan jenayah penculikan terhadap kes pada 9 Ogos lalu.

Difahamkan, agensi itu sering melancarkan siasatan terhadap kes membabitkan warganegara Perancis di luar negara. Ibu Nora adalah dari Belfast, sementara bapanya adalah warga Perancis.

Peguam keluarga Quoirin, Sankara N Nair sebelum ini menggesa polis Malaysia menerima tawaran Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian untuk membantu siasatan kematian remaja perempuan itu.

“Ia adalah cadangan yang amat baik. saya berharap polis menerima bantuan ini,” kata Nair. - Reuters

16516 dibaca
Berita Harian X