Khamis, 22 Ogos 2019 | 10:59pm

Beberapa maut dan 12 cedera dipanah petir di Poland

WARSAW (POLAND): Beberapa orang maut dan 12 yang lain cedera selepas petir secara tiba-tiba menyambar sebuah menara besi berbentuk lambang salib di puncak pergunungan Tatra di selatan Poland, hari ini.

“Puluhan orang terkandas akibat dipanah petir sekitar Gunung Giewont.

“Terdapat beberapa laporan kematian di kawasan di pergunungan Tatra,” kata ketua perkhidmatan penyelamat Jan Krzysztof memberitahu wartawan tanpa memberikan jumlah mangsa yang terbabit.

Sementara itu, saluran berita komersial Poland, TVN24 melaporkan bahawa panahan petir mengena sebahagian besar puncak Giewont yang terletak berhampiran bandar peranginan di Zakopan sejurus pendaki tiba di situ.

Difahamkan penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian dengan menaiki helikopter bagi membantu mangsa terbabit. -AFP.

711 dibaca
Berita Harian X