Rabu, 28 Ogos 2019 | 7:39pm
Boris Johnson mengumumkan penggantungan parlimen negara itu akan dilanjutkan sehingga 14 Oktober depan. - Foto EPA

PM Britain gantung Parlimen elak perbahasan Brexit

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengumumkan penggantungan Parlimen negara itu akan dilanjutkan sehingga 14 Oktober depan, hanya dua minggu sebelum Brexit sehingga mencetuskan kemarahan penggubal dasar, yang menentang pemisahan daripada Kesatuan Eropah (EU).

Penggubal dasar akan ke London lebih lewat berbanding beberapa tahun sebelum ini dan ia menyebabkan penggubal dasar pro EU masa yang terhad, berbanding jangkaan untuk menggagalkan rancangan Brexit Johnson, sebelum Britain keluar daripada blok itu pada 31 Oktober depan.

“Kita akan melakukannya pada 14 Oktober. Kedua-dua pihak mempunyai banyak masa untuk persidangan 17 Oktober ini, penggubal dasar mempunyai tempoh panjang untuk berbahas,” kata Johnson yang dijadualkan menyertai persidangan EU, tiga hari lagi.

Berita itu menyebabkan mata wang pound jatuh hampir satu peratus berbanding dolar dan euro.

Sumber pejabat Johnson di Downing Street menegaskan tindakan itu hanya menyebabkan tempoh persidangan bagi dewan rendah berkurangan sebanyak empat hari sahaja.

Parlimen dijangka kembali bersidang selepas cuti musim panas pada 3 September depan.

“Tindakan ini adalah skandal jelas terhadap demokrasi kita. Kita tidak boleh membiarkan ia berlaku,” kata timbalan ketua pembangkang utama Parti Buruh, Tom Watson. - AFP

Berita Harian X