Khamis, 5 September 2019 | 11:04pm
BORIS Johnson

PM Britain mahu pilihan raya awal

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mahu mengadakan pilihan raya awal, hari ini, selepas undi parlimen menggagalkan strategi Brexit tanpa perjanjian dan menyebabkan beliau hilang majoriti.

Kerajaan beliau berkata, ia akan membuat cubaan kedua melaksanakan pilihan raya, Isnin depan, selepas pembangkang parti Buruh membantu menyekat cubaan pertama Johnson, semalam.

“Sudah tiba masa rakyat membuat keputusan, selepas parlimen gagal bagi membolehkan kita menyelesaikan isu ini,” kata jurucakap Downing Street.

Masa pengundian itu masih diperdebatkan, ketika negara itu menghampiri tarikh pemisahan 31 Oktober tanpa pelan apa yang perlu dilakukan seterusnya. - AFP

Berita Harian X