Khamis, 12 September 2019 | 12:19am

Tindakan PM Britain gantung parlimen tidak sah - Mahkamah

LONDON: Tindakan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menggantung parlimen negara itu bertentangan dengan udang-undang, menurut sebuah mahkamah di Scotland, hari ini.

Mahkamah rayuan tertinggi di Scotland mendapati keputusan Johnson menggantung parlimen dari Isnin lalu hingga 14 Oktober depan sebagai bertentangan dengan undang-undang.

Kerajaan hanya ada tujuh minggu, sebelum Britain akan keluar daripada Kesatuan eropah (EU) dan ia buntu dengan parlimen mengenai masa depan Brexit.

Mungkin, negara itu akan keluar tanpa perjanjian atau mengadakan satu lagi pungutan suara yang bakal membatalkan pemisahan itu.

“Kami menggesa parlimen dipanggil semula. Kamu tidak boleh melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya,” kata pembuat dasar Parti Rakyat Scotland, Joanna Cherry yang mengetuai saman mahkamah itu.

Kerajaan akan merayu keputusan di Mahkamah Agung dan seorang pegawai berkata, Johnson percara parlimen kekal digantung, sementara menunggu keputusan mahkamah. - Reuters

584 dibaca
Berita Harian X