Jumaat, 4 Oktober 2019 | 9:53pm
Perdana Menteri Britain Boris Johnson ketika sesi Parlimen semalam. -Foto EPA
Perdana Menteri Britain Boris Johnson ketika sesi Parlimen semalam. -Foto EPA

Britain tangguh Brexit jika tiada perjanjian menjelang 19 Oktober

LONDON: Perdana Menteri Britain Boris Johnson akan menghantar surat kepada Kesatuan Eropah (EU) meminta penangguhan Brexit jika tiada perjanjian pemisahan dipersetujui menjelang 19 Oktober ini, menurut dokumen kerajaan dihantar kepada sebuah mahkamah Scotland, lapor BBC.

Bulan lalu, pembuat dasar pembangkang dan penentang daripada Parti Konservatif memaksa menerusi undang-undang yang memerlukan Johnson memohon satu lanjutan Brexit, namun pemimpin Britain itu yang berjanji mematuhi perundangan mengatakan, negaranya akan meninggalkan EU sama ada ‘lakukan atau mati’ pada 31 Oktober ini.

Dalam hujahan kepada mahkamah Scotland di mana jurukempen anti-Brexit menuntut mendapatkan arahan memaksa pemimpin itu mematuhi undang-undang, kerajaan berkata, Johnson akur bahawa beliau perlu menghantar surat kepada EU untuk memohon satu penangguhan. -Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X