Selasa, 19 November 2019 | 11:49pm

Polis Jerman tahan lelaki Syria syak rancang letup bom

BERLIN: Polis Jerman hari ini menahan seorang rakyat Syria kerana disyaki merancang melakukan serangan bermotifkan keganasan.

Stesen penyiar tempatan, ARD melaporkan, lelaki itu disenaraikan sebagai militan paling berbahaya oleh polis persekutuan.

Pejabat pendakwa raya berkata, pasukan polis khas melakukan operasi mencari di sebuah apartmen di Berlin yang didiami suspek berusia 26 tahun selepas dia membawa bahan kimia dan bahan lain diperlukan untuk membuat peranti letupan.

Katanya, suspek turut berkongsi maklumat dengan kumpulan pelampau yang mempunyai rangkaian dengan militan Daesh bagi membuat bom.

“Peranti dimaksudkan ialah untuk meletupkan pada waktu dan tempat tidak diketahui di Jerman bagi membunuh seramai orang yang mungkin,” kata pendakwa raya.

Namun, pendakwa raya enggan memberikan komen sama ada suspek mempunyai kaitan dengan senarai pengganas paling berbahaya itu.

Selasa lalu, polis Jerman menahan tiga orang di Offenbach kerana disyaki merancang melakukan serangan bom untuk kumpulan militan Daesh. -Reuters.

Berita Harian X