Ahad, 15 Disember 2019 | 9:00pm

Brexit dibentangkan semula di Parlimen sebelum Krismas

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson berhasrat membentangkan semula rang undang-undang Brexit kepada Parlimen negara itu, sebelum Krismas tahun ini.

Perkembangan itu dimaklumkan Timbalan Menteri Kewangan, Rishi Sunak, hari ini. Katanya, kerajaan juga akan membentangkan belanjawan baharu, selepas itu.

"Mandat besar utama daripada pilihan raya ini adalah untuk memastikan Brexit direalisasikan. Kita akan meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) dalam masa beberapa minggu, menjelang akhir Januari.

“Hasrat kami adalah untuk membawa Rang Undang-Undang Pengunduran kembali ke Parlimen, sebelum Krismas," kata Sunak dalam Program Andrew Marr di BBC.

Beliau turut ditanya mengapa kerajaan merancang untuk menunaikan janji menambah peruntukan terhadap Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Britain.

"Mengenai NHS, saya rasa semua orang bersetuju, ia adalah keutamaan warga Britain. Ia adalah keutamaan negara dan saya berpendapat undang-undang ini menekankan komitmen itu," katanya. - Reuters

Berita Harian X