Rabu, 18 March 2020 | 10:57pm

COVID-19: Kematian global melebihi 8,000 orang

PARIS: Lebih 8,000 kematian dicatatkan di seluruh dunia akibat pandemik COVID-19 berdasarkan jumlah rasmi daripada data AFP.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 8,092 kematian direkodkan dengan kebanyakannya dari Eropah.

“Sehingga kini sebanyak 3,422 kematian di Eropah, Asia (3,384) di mana virus itu muncul dan mula dikesan.

“Dengan kes baharu 684 kematian dalam tempoh 24 jam lalu dari keseluruhan 78,766 kes, Eropah adalah benua di mana pandemik merebak paling pantas. - AFP

Berita Harian X