Selasa, 24 March 2020 | 9:51pm
Beberapa pekerja memetik strawberi di ladang Sainte-Livrade-sur-Lot, barat daya Perancis hari ini ketika pemilik ladang berdepan dengan kekurangan pekerja kerana sekatan perjalanan bagi mencegah penularan COVID-19. Foto AFP.
Beberapa pekerja memetik strawberi di ladang Sainte-Livrade-sur-Lot, barat daya Perancis hari ini ketika pemilik ladang berdepan dengan kekurangan pekerja kerana sekatan perjalanan bagi mencegah penularan COVID-19. Foto AFP.

Perancis memerlukan pekerja ladang

PARIS: Kerajaan Perancis merayu kepada pekerja yang diberi cuti gara-gara krisis COVID-19 untuk membantu di ladang dengan memetik buah dan menuai sayur.

Langkah itu bagi mengelakkan tanaman itu terus dibiarkan membusuk di ladang, akibat kekurangan pekerja sehingga merosakkan banyak tanaman antaranya strawberi dan asparagus.

Peladang di negara itu meramalkan Perancis akan berdepan kekurangan kira-kira 200,000 pekebun sayur sepanjang tempoh menuai dan ditambah pula dikenakan sekatan sempadan ketat.

Sekatan itu langkah membendung penyebaran COVID-19, sekali gus merumitkan langkah mengambil tenaga buruh asing.

Menteri Pertanian Perancis, Didier Guillaume, menyeru penyambut tetamu hotel, pelayan restoran, pendandan rambut dan ramai lagi kehilangan kerjaya, susulan langkah berkurung yang belum pernah terjadi sebelum ini, untuk bekerja dalam bidang pertanian.

Beliau menggelarkan mereka sebagai ‘tentera bayangan’ untuk memilih bekerja di ladang.

“Saya beri tahu mereka, serta tentera terhebat untuk pertanian Perancis. Sertai mereka yang membenarkan kita untuk makan secara bersih, sihat dan lestari,” katanya kepada BFM TV.

Ketua FNSEA iaitu kesatuan ladang terbesar di Perancis, Christine Lambert, berkata sektor perladangan memerlukan seramai 45,000 tenaga buruh pada Mac dan 80,000 orang diperlukan pada April dan Mac untuk membantu pekebun. REUTERS

Berita Harian X