Khamis, 26 March 2020 | 6:57pm
Seorang lelaki berjalan di atas tebing Sungai Moskva, dengan Kremlin dan bangunan Pusat Perniagaan Antarabangsa Moscow (Moskva City) yang dilihat di latar belakang, di pusat bandar Moscow. - Foto AFP
Seorang lelaki berjalan di atas tebing Sungai Moskva, dengan Kremlin dan bangunan Pusat Perniagaan Antarabangsa Moscow (Moskva City) yang dilihat di latar belakang, di pusat bandar Moscow. - Foto AFP

COVID-19: Russia hentikan operasi penerbangan antarabangsa

MOSCOW: Russia akan menghentikan semua penerbangan antarabangsa mulai tengah malam esok di bawah perintah kerajaan yang menyenaraikan langkah baharu membendung wabak COVID-19.

Dekri itu dikeluarkan hari ini yang mengarahkan pihak berkuasa penerbangan supaya menghentikan semua penerbangan biasa dan tempah khas, kecuali penerbangan khas yang memindahkan penduduk Russia dari luar negara.

Agensi penerbangan awam Russia, Rosaviatsiya akan menghentikan perjalanan udara biasa dan tempah khas dari lapangan terbang Russia ke lapangan terbang negara asing dan kembali, menurut ketetapan yang diterbitkan di laman web pemerintah.

Penghentian operasi itu bermula pada tengah malam esok.

Peraturan itu mengatakan bahawa penerbangan yang dibenarkan oleh kerajaan Russia akan dikecualikan. Peraturan baharu itu tidak terpakai untuk penerbangan domestik di Russia.

Kerajaan berkata, warga Russia yang tidak dapat kembali kerana sekatan yang dikenakan oleh negara yang mereka berada harus mengambil langkah untuk kekal selamat.

Peraturan itu juga menyeru kementerian kewangan supaya memperuntukkan dana bagi membawa pulang rakyat Russia, sambil menambah bahawa mereka yang kembali akan dikenakan pemeriksaan kesihatan dan kuarantin selama dua minggu.

Russia, yang telah melaporkan 658 kes dan mengumumkan dua kematian berkaitan COVID-19 semalam, sudah menutup sempadannya kepada orang asing minggu lalu. Terdahulu pada bulan Mac, Russia mengehadkan penerbangan ke dan dari Kesatuan Eropah (EU). - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X