Isnin, 30 March 2020 | 7:56pm

COVID-19: Sepanyol catat 85,195 jangkitan

MADRID: Sepanyol mencatatkan 85,195 kes positif COVID-19 hari ini, berbanding 78,797 semalam, sekali gus mengatasi China yang memiliki 81,470 jangkitan.

Menurut perangkaan kementerian kesihatan negara itu, jumlah kematian akibat pandemik berkenaan pula melonjak kepada 7,340.

Ia susulan pertambahan 812 lagi kematian yang dicatatkan hari ini, berbanding 6,528 setakat semalam.

Dengan jumlah itu, Sepanyol menduduki negara ketiga yang mengatasi China dari segi jumlah jangkitan, selepas Amerika Syarikat (AS) dan Itali, masing-masing mencatatkan 142,000 dan 97,689 kes setakat hari ini. - AGENSI

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X