Rabu, 1 April 2020 | 12:02pm
Seorang lelaki berjalan di Dataran Merah yang kosong dengan latar belakang St Basil's Cathedral dan Kremlin's Spasskaya Tower di Moscow selepas galakan kerajaan supaya duduk di rumah berikutan penularan COVID-19. Foto AFP

COVID-19: Russia hantar peralatan perubatan ke AS

CHKALOVSKY AIRFIELD (Russia): Pesawat tentera Russia yang membawa topeng muka dan peralatan perubatan berlepas ke Amerika Syarikat (AS), kata Kementerian Pertahanan Russia pada Rabu lapor agensi berita Sputnik.

Penghantaran itu susulan perbualan telefon Presiden Vladimir Putin dan Presiden Donald Trump pada Isnin, mengenai kemungkinan Russia akan menghantar peralatan perubatan ke AS.

Menurut Johns Hopkins University, AS mencatatkan lebih 188,000 kes COVID-19 dengan lebih 3,800 kematian.

Wabak COVID-19 di AS semalam menunjukkan jumlah kematian tertinggi setakat ini.

AS kini mempunyai 188,172 kes positif, jauh lebih tinggi berbanding Itali, Sepanyol dan China. – BERNAMA

Berita Harian X