Isnin, 6 April 2020 | 7:10am
Petugas kesihatan membawa pesakit yang dijangkiti COVID-19 di Paris' Gare d'Austerlitz, Perancis. - Foto AFP
Petugas kesihatan membawa pesakit yang dijangkiti COVID-19 di Paris' Gare d'Austerlitz, Perancis. - Foto AFP

COVID-19: Tempoh 24 jam 4,690 kematian baru dicatatkan

PARIS: Sehingga semalam, jumlah kematian di seluruh dunia akibat COVID-19 meningkat kepada 68,125 orang, menurut laporan yang dikumpulkan oleh AFP daripada sumber rasmi.

Lebih daripada 1,244,740 kes yang diisytiharkan didaftarkan di 191 negara dan wilayah sejak epidemik pertama muncul di China, pada bulan Disember.

Daripada kes ini, sekurang-kurangnya 238,800 orang kini dilaporkan pulih.

Dalam tempoh 24 jam, 4,690 kematian baru dan 75,522 kes baru direkodkan di seluruh dunia.

Negara yang melaporkan kematian paling baru sejak Sabtu adalah Amerika Syarikat, iaitu 1.082, Sepanyol dengan 674 dan Britain pada 621.

Daripada data yang dikumpulkan oleh pejabat AFP dari pihak berkuasa negara dan maklumat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mungkin mencerminkan hanya sebahagian kecil daripada bilangan jangkitan sebenar.

Banyak negara hanya menguji kes yang memerlukan kemasukan ke hospital.

Itali, yang mencatatkan kematian COVID-19 pertama pada akhir Februari, mencatat 15,877 kematian, dengan 128,948 jangkitan dan 21,815 orang pulih. Ia melaporkan 515 kematian baru dan 4,316 kes baru, semalam.

Sepanyol mencatatkan 12,418 kematian dan 130,759 jangkitan, diikuti oleh Amerika Syarikat dengan 9,180 kematian dan 324,052 kes-tertinggi di dunia.

Perancis melaporkan 8,078 kematian dan 92,839 jangkitan, diikuti oleh Britain (4,934 kematian dan 47,806 kes).

China tidak termasuk Hong Kong dan Macau, kini mengisytiharkan 3,329 kematian dan 81,669 kes.

Eropah menyenaraikan 664,514 kes dan 49,137 kematian setakat ini, Amerika Syarikat dan Kanada masing-masing mempunyai 339,442 kes dengan 9,477 kematian, Asia 118,570 kes dan 4,192 kematian.

Asia Barat 76,082 kes dan 3,794 kematian, Amerika Latin dan Caribbean 30,539 kes dengan 1,053 kematian, Afrika 8,921 kes dengan 431 kematian dan Oceania 6,675 kes dengan 41 kematian. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X