X
Rabu, 20 Mei 2020 | 12:01pm

COVID-19: Perancis catat penurunan kematian selepas semak semula

PARIS: Perancis semalam merekodkan penurunan angka kematian akibat COVID-19 di negara itu hasil kajian semula bagaimana kematian berlaku di rumah jagaan.

Menteri Kesihatan memaklumkan jumlah terkini adalah 28,022 orang berbanding angka sebelumnya yang dicatatkan kelmarin iaitu 28,239 orang.

Menurut kementerian itu, pengurangan kes kematian itu didorong semakan semula data di pusat jagaan yang mana lebih sedikit orang meninggal dunia iaitu 342 kes direkodkan kerana pandemik COVID-19.

Sejak lebih 24 jam lalu, terdapat 125 lagi kematian direkodkan di hospital.

Berikutan langkah Perancis melonggarkan perintah berkurung lebih seminggu, jumlah individu yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi terus menurun kepada 104 kes daripada jumlah keseluruhan 1,894 kes.

Pada kemuncak krisis, angka mencecah lebih 7,000 kes. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X