Khamis, 19 Oktober 2017 | 12:08pm
PENYELIDIK berjaya membongkar bukti mengaitkan penawar herba China dengan barah hati di seluruh Asia.- Foto AFP

Penawar herba punca barah hati

MIAMI: Penyelidik berjaya membongkar bukti mengaitkan penawar herba China dengan barah hati di seluruh Asia, yang disiarkan dalam jurnal Science Translation Medicine.

Hasil kajian menyatakan langkah lebih tegas diperlukan untuk menghalang orang ramai memakan kimia aristolochic acids (AA), yang berasal daripada keluarga Aristolochia.

Asid itu boleh didapati dalam beberapa ubat tradisi China yang diberikan ketika proses kelahiran, untuk mengelakkan parasit dan menggalakkan proses penyembuhan.

Penyelidik menguji 98 tumor hati yang disimpan di hospital di Taiwan, dan mendapati 78 peratus mengandungi corak perubahan yang menunjukkan barah berkemungkinan disebabkan hasil sentuhan dengan kimia.

Disebabkan asid itu menyebabkan 'petanda perubahan jelas', penyelidik juga meneliti 89 contoh barah hati di China, dan mendapati 47 peratus menunjukkan kaitan dengan bahan perubatan tradisi itu.

Taiwan mengharamkan beberapa persediaan herba menggunakan tanaman pada 2003 selepas mendapati asid aristolochic boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan barah saluran kencing. - AFP

Berita Harian X