Rabu, 21 March 2018 | 4:08pm

Tonga larang perempuan sertai ragbi, tinju

NUKU'ALOFA (TONGA): Tindakan Kerajaan Tonga melarang pelajar perempuan daripada menyertai sukan ragbi dan tinju, menimbulkan kritikan pemenang dua pingat olimpik, Valerie Adams dan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

Keputusan kerajaan itu dibuat minggu lepas, selepas sekumpulan pelajar perempuan Sekolah Tinggi Tonga diarah menarik diri dari kejohanan ragbi, kerana masalah perbezaan gender.

Menurut surat yang dikeluarkan oleh jabatan pendidikan kebangsaan Pasifik, larangan itu dibuat bagi memelihara maruah wanita Tonga dan berpegang kepada nilai budaya masyarakat Tonga.

Terjemahan surat itu disiarkan oleh laman web berita Matangi Tonga. - AFP

Berita Harian X