Isnin, 24 Disember 2018 | 12:41pm

Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Tonga

SYDNEY: Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda Tonga di Lautan Pasifik, sebentar tadi, namun setakat ini, tiada amaran tsunami dikeluarkan pihak berkuasa.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi berlaku pada kedalaman 100 kilometer dan pusat gempa dilaporkan terletak kira-kira 85 kilometer di utara ibu negara Tonga, Nuku’alofa.

Sehingga kini, tiada laporan kerosakan diterima pihak berkuasa.

Pada masa sama, Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, gempa bumi itu tidak menyebabkan ancaman tsunami.

Seorang pekerja di Hotel Emerald, di Nuku’alofa, Baea Filimoehala memberitahu AFP, tiada kerosakan dilihat di kawasan ibu negara dan menyifatkan ia adalah satu gegaran kecil. - AFP

Berita Harian X