Selasa, 2 Julai 2019 | 9:53am
Seorang lelaki cedera dipercayai akibat diserang ikan jerung ketika berenang di Pantai Shelly di Sydney, Australia. Foto hiasan

Lelaki cedera diserang ikan jerung

SYDNEY: Seorang lelaki dilaporkan cedera dipercayai akibat diserang ikan jerung ketika berenang di sebuah pantai popular di sini.

Polis New South Wales berkata, lelaki itu sudah menerima rawatan di hospital akibat luka yang dialami pada bahagian belakang badan, selain kecederaan di kaki dan perut.

“Pada sekitar jam 6 pagi (waktu tempatan), seorang lelaki dipercayai dalam lingkungan usia 50-an, melaporkan bahawa beliau diserang (ikan jerung) ketika berenang bersama rakan-rakannya di Pantai Shelly,” kata polis.

Aktiviti berenang di lautan adalah satu kebiasaan di Australia, termasuk ketika musim sejuk ketika suhu mencecah sehingga ke bawah 10 darjah celsius.

“Lelaki itu masih mampu berenang ke kawasan berbatu berhampiran dan meminta bantuan orang ramai,” kata polis. - AFP

Berita Harian X