Khamis, 4 Julai 2019 | 1:42pm
Pelajar warga Australia, Alek Sigley yang dilaporkan hilang sejak 23 Jun lalu, sebelum dibebaskan baru-baru ini. Foto Reuters

Pyongyang bebas pelajar warga Australia

SYDNEY: Pelajar Australia berusia 29 tahun yang ditahan di Korea Utara dilaporkan sudah dibebaskan dan berada dalam keadaan sihat serta selamat.

Berita pembebasan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Scott Morrison kepada Parlimen Australia hari ini, sekali gus menamatkan penderitaan yang ditanggung keluarganya.

Alek Sigley adalah antara warga barat yang tinggal dan belajar di Pyongyang, sebelum dilaporkan hilang tanpa sebarang kesan pada 23 Jun lalu, hingga menimbulkan kebimbangan mengenai nasibnya.

Sejak itu, keluarganya tidak menerima sebarang berita mengenai keadaannya, sekali gus mengakibatkan rasa takut, kemungkinan beliau ditahan pihak berkuasa Korea Utara.

Namun, tidak lama kemudian, Morrison mengumumkan kepada pengawal undang-undang bahawa Sigley sudah dibebaskan, dari sebuah pusat tahanan di Korea Utara dan dilaporkan berada dalam keadaan selamat, serta sihat.

Penahanan Sigley berlaku beberapa hari sebelum pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, hingga mencetuskan spekulasi bahawa ia adalah bermotifkan politik. - AFP

Berita Harian X