Isnin, 15 Julai 2019 | 10:28am
Lokasi gempa bumi susulan berukuran magnitud 5.5 menggegar Barat Australia pagi ini.

Gempa susulan magnitud 5.5 gegar Barat Australia

PERTH: Gempa bumi susulan berukuran magnitud 5.5 menggegarkan Barat Australia pagi ini, lapor Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Asian News International yang memetik kenyataan USGS melaporkan, bencana alam itu berlaku sehari selepas gempa bumi magnitud 6.6 melanda wilayah yang sama, petang semalam.

USGS dipetik The Hindustan Times berkata, pusat gempa gegaran pagi ini berada pada kedalaman 10 kilometer dan berpusat di Lautan Hindi, berhampiran Derby, di Barat Australia.

USGS berkata, tiada amaran tsunami dikeluarkan atau laporan kerosakan serta kematian diterima setakat ini. - Agensi

Berita Harian X