X
Selasa, 10 March 2020 | 7:36am
- AFP
- AFP

COVID-19: Jumlah kematian lepasi 4,000

BEIJING: Jumlah korban global akibat COVID-19 melepasi 4,000 hari ini, menurut angka AFP, apabila China melaporkan 17 kematian baharu.

Angka kematian mencapai 4,011 orang berikutan wabak berkenaan telah menular ke lebih 100 negara dengan lebih 110,000 kes jangkitan.

Wabak itu telah mengganggu perjalanan global dan memaksa pembatalan acara dari persidangan hingga kepada acara sukan.

Namun, kes-kes baharu di China terus menurun dalam beberapa minggu kebelakangan ini, petunjuk bahawa langkah-langkah perintah berkurung di negara itu yang belum pernah terjadi sebelumnya kelihatan berfungsi.

Menurut satu laporan yang disusun oleh AFP dari sumber rasmi, semalam jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia mencecah 113,255 kes, termasuk 3,964 kematian, merangkumi 101 negara dan wilayah.

Sebanyak 4,233 kes baharu dan 173 kematian dilaporkan kelmarin.

China - tidak termasuk wilayah Hong Kong dan Macau - di mana wabak itu muncul pada akhir Disember mempunyai 80,735 kes, di mana 3,119 maut. Terdapat 40 jangkitan baharu dan 22 kematian dilaporkan kelmarin.

Di luar China, sejumlah 32,520 kes telah direkodkan di seluruh dunia sejak wabak itu bermula, termasuk 845 kematian.

Jumlah kes baharu adalah 4,193, dengan 151 kematian.

Negara yang paling terjejas selepas China adalah Itali (9,172 kes, 463 kematian), Korea Selatan (7,382 kes, 51 kematian), Iran (7,161 kes, 237 kematian) dan Perancis (1,191 kes, 21 kematian).

Kelmarin China, Itali, Iran, Korea Selatan, Perancis, United Kingdom, Iraq dan Switzerland telah mencatatkan kematian baharu.

Jerman melaporkan dua kematian pertamanya. Albania dan Cyprus mengesahkan kes COVID-19 pertama di wilayah mereka.

Asia mencatatkan jumlah keseluruhan 89,913 kes (3,188 kematian), Eropah 14,868 kes (511 kematian), Asia Barat 7,576 kes (244 kematian), Amerika Syarikat (AS) dan Kanada 614 kes (16 kematian), Oceania 98 kes (tiga kematian ), Amerika Latin dan Caribbean 93 kes (satu kematian), Afrika 93 kes (satu kematian) setakat semalam.

Penilaian itu dijalankan menggunakan data yang dikumpulkan oleh pejabat AFP dari pihak berkuasa negara dan maklumat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X