Rabu, 25 March 2020 | 9:29pm
Gambar ini menunjukkan jambatan Carroussel yang kosong dan istana Louvre di Paris pada hari kelapan perintah berkurung bertujuan membendung penyebaran virus COVID-19. - Foto AFP
Gambar ini menunjukkan jambatan Carroussel yang kosong dan istana Louvre di Paris pada hari kelapan perintah berkurung bertujuan membendung penyebaran virus COVID-19. - Foto AFP

COVID19: Jumlah kematian setakat hari ini

PARIS: Jumlah kematian di seluruh dunia akibat COVID-19 berjumlah 19,246, menurut satu laporan yang dikumpulkan oleh AFP hari ini, dari sumber rasmi.

Lebih 427,940 kes yang dilaporkan didaftarkan di 181 negara dan wilayah sejak wabak itu pertama kali muncul di China pada bulan Disember.

Jumlah kematian, menggunakan data yang dikumpulkan oleh pejabat AFP dari pihak berkuasa negara dan maklumat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mungkin mencerminkan hanya sebahagian kecil dari bilangan jangkitan sebenar.

Banyak negara kini hanya menguji kes yang memerlukan kemasukan ke hospital.

Itali, yang mencatatkan kematian COVID-19 pertama pada bulan Februari, telah melaporkan 6,820 kematian, dengan 69,176 jangkitan dan 8,326 orang pulih.

Seperti Itali, Sepanyol kini mempunyai lebih banyak kematian daripada China dengan 3,434, serta mempunyai 47,610 jangkitan dan 5,367 pulih.

China - tidak termasuk Hong Kong dan Macau - setakat ini melaporkan 3,281 kematian dan 81,218 kes.

Negara lain paling teruk adalah Iran dengan 2,077 kematian dan 27,017 kes, Perancis dengan 1,100 kematian dan 22,302 kes, dan Amerika Syarikat dengan 600 kematian dan 55,225 kes.

Sejak semalam, Cameroon dan Niger telah mengumumkan kematian pertama mereka manakala Libya, Laos, Belize, Grenada, Mali dan Dominica melaporkan kes pertama mereka.

Mengikut benua, Eropah telah menyenaraikan 226,340 kes dan 12,719 kematian setakat ini, Asia 99,805 kes dan 3,593 kematian, Amerika Syarikat dan Kanada kedua-duanya sebanyak 57,304 kes dengan 624 kematian, Asia Barat 32,118 kes dan 2,119 kematian, Amerika Latin dan Caribbean 7,337 kes dengan 118 kematian, Oceania 2,656 kes dengan sembilan kematian dan Afrika 2,382 kes dengan 64 kematian.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X