Sabtu, 4 April 2020 | 5:22pm
Gambar fail, pekerja memindahkan topeng FFP2 di kilang Bacou-Dalloz di Plaintel, Barat Perancis. - Foto AFP
Gambar fail, pekerja memindahkan topeng FFP2 di kilang Bacou-Dalloz di Plaintel, Barat Perancis. - Foto AFP

COVID-19: AS didakwa "lanun moden" topeng muka

BERLIN: Amerika Syarikat (AS) dilaporkan mengalihkan penghantaran topeng muka buatan China ke Jerman di lapangan terbang Bangkok, menurut pejabat bandar Berlin.

Washington juga dituduh sebagai “lanun moden” memandangkan ramai kini berebut ingin mendapatkan alat perlindungan bagi membendung COVID-19 yang semakin teruk.

Menteri Dalam Negeri Berlin, Andreas Geisel, berkata 200,000 topeng FFP2 yang dihasilkan oleh syarikat AS di China sangat diperlukan untuk kegunaan polis di Berlin, namun “dirampas” ketika tiba di Bangkok.

"Ketika ini kami beranggapan bahawa ia berhubung kait dengan larangan kerajaan AS terhadap topeng muka.

Namun, saya menggesa kerajaan Jerman untuk mengingatkan kepada Washington supaya mematuhi peraturan antarabangsa," katanya.

Sebelum ini, Presiden AS, Donald Trump, baru-baru ini melaksanakan Akta Pengeluaran Pertahanan untuk memastikan firma AS mengalihkan sumber mereka bagi melawan pandemik.

Menurut media Jerman, Bild, rampasan barangan penghantaran itu mengandungi topeng muka dihasilkan di China oleh firma AS iaitu 3M untuk Jerman, yang kemudian dilencongkan ke AS.

Menteri Kesihatan Jerman, Jens Spahn, berkata beliau tidak menyedari mengenai insiden berkenaan dan laporan itu sudah dibuat.

Perancis turut merungut bahawa AS turut merampas topeng muka yang dibeli di China, selepas melarang sebarang penghantaran walaupun ia bakal dihantar.

Namun, pegawai kanan AS menafikan mengenai perkara itu.

Di Kanada, Perdana Menteri, Justin Trudeau, secara rasmi menyatakan bahawa perkara sama turut berlaku kepada negaranya. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X