Rabu, 13 Mei 2020 | 10:23am
Kakitangan perubatan mengurus seorang lelaki yang cedera yang terbaring di lantai hospital berikutan serangan bunuh diri di upacara pengkebumian seorang komander polis tempatan di Nangarhar, semalam. - Foto AFP

Daesh mengaku bertanggungjawab serangan bunuh diri

BEIRUT: Militan Daesh semalam mengaku bertanggungjawab atas serangan bunuh diri yang meragut 24 nyawa, dan mencederakan 68 lain di sebuah upacara pengebumian di wilayah Nangarhar, timur Afghanistan.

"Anggota militan dikenali sebagai Abdallah Al Ansari meletupkan dirinya ketika berada di kalangan pasukan keselamatan Afghanistan, membunuh serta mencederakan ratusan mangsa," kata militan berkenaan menerusi media sosial Telegram.

Kumpulan Daesh itu bagaimanapun tidak menyebut mengenai satu lagi serangan berasingan, ke atas sebuah hospital yang meragut 14 nyawa, termasuk jururawat dan bayi baru lahir, pada Selasa. - AFP

Berita Harian X