Ahad, 17 Mei 2020 | 5:16pm
Du Wei ditemui mati di kediamannya di pinggir Tel Aviv hari ini. - Foto AFP
Du Wei ditemui mati di kediamannya di pinggir Tel Aviv hari ini. - Foto AFP

Duta China ke Israel ditemui mati di rumah - Polis

JERUSALEM: Duta Besar China ke Israel, Du Wei, ditemui mati di kediamannya di pinggir Tel Aviv pada hari ini, kata polis.

Pegawai itu yang tiba di Israel pada pertengahan Februari, ditemui mati di rumah Herzliya, kata jurucakap Micky Rosenfeld kepada AFP, sambil menambah bahawa polis sedang menyiasat.

Isteri dan anak Du tidak bersamanya di Israel.

Du, 57, sebelumnya pernah berkhidmat sebagai duta besar ke Ukraine, menurut biografinya di laman web kedutaan.

Harian Haaretz berkata, laporan awal mengatakan bahawa kakitangan telah menemui Du mati di tempat tidurnya dan tiada terdapat tanda-tanda keganasan.

Ia memetik kenyataan perkhidmatan pertolongan cemas yang mengatakan bahawa punca kematian kemungkinan adalah penyakit jantung. - AFP

Berita Harian X