Sabtu, 15 Jun 2019 | 12:49am
KUMPULAN Boyzone yang dianggotai Ronan Keating, 40, Shane Lynch, 41, Keith Duffy, 42, dan Mikey Graham, 45. NSTP/Hanisah Selamat

Boyzone gamit kenangan bersama 5,000 peminat di Shah Alam

SHAH ALAM: Kira-kira 5,000 penonton menjadi saksi persembahan selamat tinggal kumpulan popular, Boyzone, di Stadium Malawati di sini, malam tadi, sebelum ia dibubarkan pada Oktober depan.

Konsert terakhir dinamakan Boyzone - Thank You & Goodnight Farewell Tour adalah sebagai tanda terima kasih kepada peminat seluruh dunia yang menyokong mereka sejak ditubuhkan 24 tahun lalu.

Kuartet yang dianggotai Ronan Keating, 40, Shane Lynch, 41, Keith Duffy, 42, dan Mikey Graham, 45, muncul tepat jam 9.20 malam membawakan lagu Who We Are dan Love is a Hurricane sebagai pemanas pentas.


Skuad bawah 18 tahun (B-18). - Foto FAM


PEGAWAI Bomba Kanan (PBK) II Che Kob Che Dan dari BBP Jitra mengambil maklumat berkaitan Azimat Hassan daripada anaknya, Mohd Suhaimi Azimat di rumah mangsa di Kampung Kuala Kerpan. NSTP/Zuliaty Zulkiffli

Deretan lagu malar segar seperti Love Me for a Reason, No Matter What, All That I Need dan Father and Son melatari malam penuh nostalgia yang seakan-akan membawa penonton melalui terowong masa.

Bagai diluahkan Keating, setiap seleksi daripada enam album studio terdahulu akan sentiasa menjadi siulan ramai walaupun Boyzone tidak lagi wujud selepas konsert jelajah berakhir secara rasmi, Oktober depan.

Tidak melupakan Stephen Gately yang meninggal dunia pada 2009, mereka menyampaikan Gave It All Away dan Every Day I Love You dilatari paparan video yang turut menyertakan suara mendiang.

Terdahulu, album studio ketujuh merangkap penerbitan terakhir mereka, Thank You & Goodnight, yang dilancarkan pada November tahun lalu turut mencoretkan memori buat Gately.

Dream yang dipilih sebagai single promosi untuk album itu memuatkan suara mendiang, yang sempat merakamkan versi solo lagu terbabit, lapan tahun sebelum kematiannya.

Bukan sekadar Boyzone, peminat setia yang membesar dengan dendangan kumpulan asal Dublin, Ireland itu turut merasai kehilangannya.

Apa pun, sepanjang hampir tiga jam konsert berlangsung, khalayak diajak menyanyi dan berdansa, malah dipinta mara ke depan pentas bagi memeriahkan persembahan.

Pujian juga wajar dilayangkan buat bekas anggota Westlife, Brian McFadden, yang diundang sebagai penyanyi jemputan apabila tidak kisah turun pentas dan menyanyi sambil dikelilingi penonton.

505 dibaca
Berita Harian X