Jumaat, 16 Ogos 2019 | 5:36pm
PENGARANG Eksekutif, Komersial dan Ehwal Semasa BH merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (belakang, tujuh dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks, Johan Ishak (belakang, dua dari kanan), Pengasas Alha Alfa Cosmetics, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil (belakang, enam dari kiri), Timbalan Pengarah PayNet, Khairuan Abdul (belakang, lima dari kiri), dan Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir (belakang, kanan) bersama barisan Top 5 Anugerah Bintang Popular BH 32 (ABPBH 32) di Hotel Tamu & Suites Kuala Lumpur. - NSTP/Nur Adibah Ahmad Izam

Bintang baharu, lama hangatkan saingan Top 5 ABPBH 32

KUALA LUMPUR: Gabungan populariti, mutu produk, kisah sensasi dan kuasa media sosial terus mempengaruhi pemilihan barisan calon Top 5, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 yang diumumkan di sini, hari ini.

Mencipta kejutan apabila bintang ‘senior’ kembali bersaing dengan wajah baharu dunia seni, senarai calon Top 5 kali ini mencerminkan kecenderungan peminat memilih artis yang bukan sekadar menyinar dalam lapangan diceburi, malah bijak meningkatkan potensi diri berdepan cabaran era digital.

Artis berpengalaman seperti Aishah, Erra Fazira, Delimawati dan Faizal Tahir memberi cabaran dalam kategori masing-masing, berdepan bakat baharu, termasuk kumpulan digelar ‘budak baru nak up’ atau BBNU.

Aishah, yang digelar ‘The Living Legend’, dicalonkan dalam kategori Penyanyi Wanita Popular DuitNow bersama saingan jauh lebih muda iaitu Bintang Paling Popular ABPBH 31, Wany Hasrita; Siti Nordiana, Ara Johari dan Stacy.

Faizal pula bersaing dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular DuitNow bersama Khai Bahar, Haqiem Rusli, Sufian Suhaimi dan Syafiq Farhain.

Majlis pengumuman yang berlangsung di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur itu turut menyaksikan bintang filem Hantu Kak Limah, Delimawati, tersenarai sebagai calon kategori Pelakon Filem Wanita Popular bersama Erra, Mira Filzah, Uqasha Senrose dan Hannah Delisha.

Populariti drama rantaian, Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan, terbukti memberi tuah kepada bintang utamanya, Remy Ishak dan Mira, apabila masing-masing dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Lelaki dan Wanita Popular Alha Alfa.

Mereka juga dicalonkan dalam kategori Pelakon Filem Lelaki dan Wanita Popular serta kategori online, Gandingan Serasi Filem Popular menerusi Rise Ini Kalilah.

Bersama tujuh pencalonan menerusi enam kategori, termasuk Pengacara TV Popular dan Artis Versatil Popular, Mira muncul sebagai artis dengan jumlah pencalonan tertinggi. Dia dan Remy menerima dua pencalonan dalam kategori online, Gandingan Serasi Drama Popular.

Siti Nordiana pula di tangga kedua dengan enam pencalonan, termasuk dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa, Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular, Pengacara TV Popular, Artis Versatil Popular dan Lagu Paling Boom.

Majlis pengumuman Top 5 itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, Johan Ishak; Pengarang Eksekutif, Komersial dan Ehwal Semasa BH merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Pengarang Hiburan BH merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32, Shamshul Azree Samshir; Pengasas Alha Alfa Cosmetics, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Datuk Alha: dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Payments Network Malaysia (PayNet), Peter Schiesser.

Sementara itu, Ahmad Zaini dalam ucapannya berkata, edisi ke-32 ABPBH memperlihatkan usaha penambahbaikan secara menyeluruh bagi memantapkan lagi penganjuran anugerah hiburan pilihan peminat paling lama bertahan itu.

“Ia termasuk pakej tajaan, kandungan, mekanik penganjuran, pencalonan, pengundian sehinggalah aktiviti bersama artis serta kelab peminat, sejak dilancarkan pada 15 Julai lalu.

“Penambahbaikan ini turut membabitkan mekanik penganjuran, termasuk inisiatif pakej langganan BH Digital dan undian bersama PayNet, iaitu pengendali DuitNow. Kita berharap langkah transformasi ini dapat membawa ABPBH ke liga baharu yang lebih mencerminkan keperluan pasaran semasa.

“Kaedah langganan secara digital ini mencerminkan langkah baharu ABPBH dan akhbar BH secara khususnya, untuk mengoptimumkan kebergantungan kepada teknologi moden,” katanya.

Bersesuaian dengan tema ABPBH 32, iaitu Melangkaui Sempadan, beliau berkata ia bertujuan untuk memartabatkan acara anugerah ini ke peringkat antarabangsa.

“Langkah paling drastik, sesuai dengan tema tahun ini, dua kategori baharu iaitu Artis Korea Popular dan Artis Indonesia Popular diperkenalkan dalam kategori utama sebagai lambang kematangan ABPBH, selain mengangkat acara anugerah ini ke peringkat antarabangsa.

“Bagaimanapun, dua kategori ini tidak dipertandingkan untuk kategori utama iaitu Bintang Paling Popular,” kata Ahmad Zaini.

INFO

* Penaja utama ABPBH 32 ialah Alha Alfa, produk kosmetik tempatan keluaran Syarikat Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd, manakala DuitNow bertindak sebagai penaja bersama.

* Undian calon Top 5 ABPBH 32 akan bermula pada 20 Ogos ini di www.abpbh.com.my

* Selepas singgah di Komtar JBCC, Johor Bahru, Johor, 3 Ogos lalu, siri jelajah kedua ABPBH 32 bakal diadakan di Aman Central, Alor Setar, Kedah pada 24 Ogos ini. Ia disusuli program santai bersama kelab peminat, #FANtastik dan showcase di Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor, pada 14 September depan.

* Malam kemuncak ABPBH 32 akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September depan, jam 9 malam.

SENARAI TOP 5 ABPBH 32 - KATEGORI UTAMA

Artis Baharu Lelaki Popular:

Afieq Shazwan

Adam Lee

Iswan Ismail

Raja Atiq

Ryan Deedat

Artis Baharu Wanita Popular:

Aina Abdul

Amelia Henderson

Haneesya Hanee

Masya Masyitah

Sarah Suhairi

Pelakon Filem Lelaki Popular:

Fattah Amin

Remy Ishak

Syafiq Kyle

Zizan Razak

Zul Ariffin

Pelakon Filem Wanita Popular:

Delimawati

Erra Fazira

Hannah Delisha

Mira Filzah

Uqasha Senrose

Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa:

Fattah Amin

Fendy Bakry

Izzue Islam

Remy Ishak

Syafiq Kyle

Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa:

Azar Azmi

Janna Nick

Mira Filzah

Siti Nordiana

Zahirah Macwilson

Penyanyi Lelaki Popular DuitNow:

Faizal Tahir

Haqiem Rusli

Khai Bahar

Sufian Suhaimi

Syafiq Farhain

Penyanyi Wanita Popular DuitNow:

Aishah

Ara Johari

Siti Nordiana

Stacy

Wany Hasrita

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular:

Alif Satar & Siti Nordiana

Dayang Nurfaizah & Hael Husaini

Floor 88 & Baby Shima

Insomniacks

Khai Bahar & Fatin Husna

Artis Komedi Popular:

Jihan Muse

Jep

Mark Adam

Sherry Alhadad

Zizan Razak

Artis Versatil Popular:

Alif Satar

Janna Nick

Mira Filzah

Siti Nordiana

Zizan Razak

Pengacara TV Popular:

Alif Satar

Alvin Chong

Janna Nick

Mira Filzah

Siti Nordiana

Penyampai Radio Popular:

DJ Lin

Haziq

Johan

Muaz

Radin

Artis Indonesia Popular:

Afgan

Bunga Citra Lestari

Cakra Khan

Judika

Laudya Cynthia Bella

Artis Korea Popular:

Blackpink

BTS

EXO

G Dragon

GOT7

KATEGORI ONLINE

Artis Sensasi Popular:

Bella Dally

Elfira Loy

Haqiem Rusli

Nazim Othman

Zul Ariffin

Gandingan Serasi Drama Popular:

Fikry Ibrahim & Farah Nabilah (Cik Reen Encik Ngok Ngek)

Remy Ishak & Mira Filzah (Lelaki Kiriman Tuhan)

Syafiq Kyle & Amyra Rosli (Nur)

Remy Ishak & Mira Filzah (Pujaan Hati Kanda)

Syafiq Kyle & Zahirah Macwilson (Tak Ada Cinta Sepertimu)

Gandingan Serasi Filem Popular:

Fattah Amin & Syamsul Yusof (KL Special Force)

Syafiq Kyle & Hannah Delisha (Langsuir)

Zizan Razak & Shaheizy Sam (Polis Evo 2)

Hairul Azreen & Ammar Alfian (Paskal)

Remy Ishak & Mira Filzah (Rise Ini Kalilah)

Pelakon Watak Antagonis Popular:

Azar Azmi

Azhan Rani

Reen Rahim

Shukri Yahaya

Syazwan Zulkifli

Lagu Paling Boom:

Andi Bernadee (Satu Peluang)

Haqiem Rusli (Selamat Tinggal Sayang)

Sufian Suhaimi (Di Matamu)

Khai Bahar & Fatin Husna (Rahsia Kita)

Siti Nordiana (Hatiku Milikmu)

3322 dibaca
Berita Harian X