Sabtu, 24 Ogos 2019 | 8:17pm
ORANG ramai menyerbu gerai pameran dan jualan Alha Alfa ketika siri jelajah ABPBH 32 di Aman Central, Alor Setar - NSTP/Eizairi Shamsudin
ORANG ramai menyerbu gerai pameran dan jualan Alha Alfa ketika siri jelajah ABPBH 32 di Aman Central, Alor Setar - NSTP/Eizairi Shamsudin

Kosmetik Alha Alfa laris

ALOR SETAR: Kemeriahan acara promosi siri jelajah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 di Aman Sentral, di sini, hari ini, turut dirasakan penaja utamanya, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Alha Alfa.

Teruja melihat sambutan hangat diberikan orang ramai, beliau berkata, produk kosmetik mereka juga laris disambar pengunjung dan peminat.

"Bagi saya, acara promosi di sini lebih gamat dan saya seronok melihat keterujaan pengunjung untuk bersama-sama memeriahkannya.

“Produk set istimewa kami turut habis terjual dalam masa yang singkat,” katanya yang juga pengasas jenama kosmetik popular berkenaan.

Kata Alha, mereka membawa 200 set kotak istimewa Soul Matte dan Soul Glow ke acara berkenaan.

“Belum sempat kami nak buat potongan harga, semua set kotak istimewa itu habis dijual.

"Insya-Allah, untuk acara promosi akan datang, kami akan membawa lebih banyak produk bagi memenuhi permintaan peminat dan pelanggan," katanya.

Selepas siri jelajah di Aman Central, peminat sekali lagi berpeluang untuk bertemu dan berhibur dengan calon Top 5 ABPBH 32 pada acara #FANtastik serta showcase yang bakal berlangsung di Eco Grandeur, Puncak Alam, pada 14 September depan.

ABPBH 32 akan mencapai kemuncaknya pada 22 September depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Berita Harian X