Sabtu, 14 September 2019 | 4:50pm
GELAGAT pelakon dan model, Haneesya Hanee, bersama peminatnya pada acara #Fantastik Santai Bersama Peminat dan Showcase ABPBH 32 di Eco Gradeur, Puncak Alam. - NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

Gelagat peminat cilik gamatkan acara #FANtastik ABPBH 32

PUNCAK ALAM: Kemunculan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang mewakili kelab peminat Haneesya Troopers, meniru gaya pelakon dan model, Haneesya Hanee, antara aksi menggamatkan suasana acara #FANtastik dan Showcase ABPBH 32 di Eco Grandeur, di sini, hari ini.

Aksinya menerima tepukan ramai ketika menyertai pertandingan Tiru Gaya Artis yang menyaksikan kelab peminat finalis Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 bersaing menghangatkan suasana.

Biarpun acara hanya bermula jam 2 petang, pengunjung mula membanjiri lokasi seawal 12 tengah hari untuk bersantai bersama artis kesayangan mereka.


Aishah berkongsi pesanan kepada artis baharu agar usah leka dipuji ketika nama sedang mekar, sebaliknya sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan. Foto NSTP Surianie Mohd Hanif

Acara yang berlangsung sehingga jam 11 malam itu tidak hanya dimeriahkan lebih 20 kelab peminat artis (FC), malah turut disertai mereka yang tinggal di kawasan sekitar.

Selain gerai jualan dan pameran membabitkan FC serta penaja utama, paling dinantikan sudah pasti senarai aktiviti bersama penganjur dan kelab peminat.


PENGUNJUNG beratur untuk mengundi dan sekali gus mendapat tiket percuma ABPBH 32 pada acara #Fantastik Santai Bersama Peminat dan Showcase ABPBH 32 di Eco Gradeur, Puncak Alam. - NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

Antara cabaran lain yang menggamatkan suasana adalah Ramen Challenge dan Zumba.

Pada acara berkenaan, orang ramai turut berpeluang beramah mesra dan menikmati persembahan artis jemputan seperti Reshma Martin, Baggio, Winnie K, She Pandora, Chubbe, Radhi Khalid, Yana Yunus, Natasha Sass, Zairul Nadzwan, Thalia Rasul dan Lobo Panglima.


KELAB peminat Aina Abdul menghias gerai mereka pada acara #Fantastik Santai Bersama Peminat dan Showcase ABPBH 32 di Eco Gradeur, Puncak Alam. - NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

Aktiviti hiburan bakal diteruskan pada sebelah malam dengan menyaksikan penampilan barisan calon Top 5 ABPBH 32, yang dijadualkan bermula jam 8.30 malam.


KELAB peminat Floor 88 menanti ketibaan pengunjung acara pada #Fantastik Santai Bersama Peminat dan Showcase ABPBH 32 di Eco Gradeur, Puncak Alam. - NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

Antaranya Atiq Azman, Adam Lee, Izzue Islam, Haziq Hot FM, Wany Hasrita, Muaz Kool FM, Haneesya, Iswan Ismail, Floor 88, Afieq Shazwan, Stacy, Ryan Deedat dan Insomniacks.

Acara itu turut disertai penaja utama ABPBH 32, Alha Alfa Cosmetics, dan penaja bersama, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), iaitu pengendali perkhidmatan pembayaran elektronik, DuitNow.

Berita Harian X