Isnin, 9 Disember 2019 | 12:17am
BARISAN finalis Mentor Milenia 2019 (dari kiri) Apex Tajudin, Rika Riana, Daus Husny dan Aedy Kama bakal bersaing pada kemuncak Mentor Milenia 2019, Ahad depan. - Foto Mahzir Mat Isa
BARISAN finalis Mentor Milenia 2019 (dari kiri) Apex Tajudin, Rika Riana, Daus Husny dan Aedy Kama bakal bersaing pada kemuncak Mentor Milenia 2019, Ahad depan. - Foto Mahzir Mat Isa

Mentor Milenia 2019: Empat protege mara ke final

SHAH ALAM: Protege Hazama, Apex Tajudin, menepati ramalan ramai apabila diumumkan sebagai antara empat finalis yang akan bersaing pada kemuncak Mentor Milenia 2019, Ahad depan.

Turut mengiringi langkahnya ialah protege Ernie Zakri, Daus Husny, selain Aedy Kama (Black) dan Rika Riana (Stacy).

Nama mereka diumumkan pada pentas Separuh Akhir Mentor Milenia 2019 yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam tadi.

Tuah bagaimanapun, tidak menyebelahi tiga peserta untuk mara ke peringkat akhir apabila diumumkan tersingkir.

Mereka ialah protege Hazama, Arayn Malek, Sharee Lopes (Akim) dan Yazrul Arrep (Ernie).

APEX Tajudin ketika beraksi pada pentas Separuh Akhir Mentor Milenia 2019, malam tadi. - Foto Mahzir Mat Isa
APEX Tajudin ketika beraksi pada pentas Separuh Akhir Mentor Milenia 2019, malam tadi. - Foto Mahzir Mat Isa

Separuh Akhir Mentor Milenia 2019 menyaksikan setiap protege mempersembahkan dua lagu secara medley.

Juara Mentor Milenia 2019 akan membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Pemenang juga berpeluang menghasilkan single bersama komposer terkenal, selain merakamkan video muzik yang bakal menjadi runut bunyi drama siaran TV3.

Selain itu, pemenang turut diberikan waktu promosi televisyen dan radio bernilai RM500,000, selain menjayakan dokumentari pendek berkisar perjuangan sepanjang menyertai Mentor Milenia 2019. Ia akan disiarkan menerusi saluran YouTube TV3.

PROTEGE Ernie Zakri, Daus Husny turut memberikan persaingan sengit pada Separuh Akhir Mentor Milenia 2019. - Foto Mahzir Mat Isa
PROTEGE Ernie Zakri, Daus Husny turut memberikan persaingan sengit pada Separuh Akhir Mentor Milenia 2019. - Foto Mahzir Mat Isa

Persembahan peserta diadili dua juri profesional iaitu ​Altimet ​dan ​Datuk Syafinaz​, mewakli 60 peratus, manakala baki 40 peratus ditentukan undian awam.

Berita Harian X