Sabtu, 16 Disember 2017 | 1:24pm
SHERRY dan Nabila sama teruja mengendalikan program Drop The Beat yang juga lanjutan daripada rancangan Perang Bibir.
SHERRY dan Nabila sama teruja mengendalikan program Drop The Beat yang juga lanjutan daripada rancangan Perang Bibir.
NABILA sebagai juri tetap dan Sherry menjadi hos dalam program baharu, Drop The Beat yang akan disiarkan Mac depan.
NABILA sebagai juri tetap dan Sherry menjadi hos dalam program baharu, Drop The Beat yang akan disiarkan Mac depan.

Sherry tunjuk bakat berdansa

KUALA LUMPUR: Tidak kisah buat apa saja asalkan peminat terhibur, artis serba boleh, Sherry Alhadad mencabar diri menunjukkan bakat menari dalam program terbaharu yang dihoskannya, Drop The Beat.

Sherry, 31, memberitahu, dia dan pelakon, Nabila Huda yang bertindak sebagai juri tetap, bakal mengemudikan rancangan itu yang juga lanjutan daripada program, Perang Bibir yang dihoskannya.

"Dalam program Drop The Beat yang dijangka disiarkan TV3, Mac depan, peserta iaitu selebriti tempatan perlu mengikut gerak mulut lagu atau miming dan menari.

"Jadi secara tidak langsung, saya perlu menari sekalipun tidak ada bakat berdansa. Saya akan mengendalikan program ini bersama seorang lagi hos, Dennis Yin yang juga penari profesional," katanya kepada BH Online.

Sherry berkata, Nabila diberi gelaran 'sesumpah' kerana setiap minggu tampil dengan gaya bintang Hollywood berbeza sesuai dengan tema ditetapkan.

Tambah Sherry, Drop The Beat dihangatkan lagi dengan alunan muzik oleh DJ Nas T.

Dalam perkembangan lain, Sherry bersyukur rezekinya bertambah apabila turut mengacarakan program Muzik Muzik bersama Hefny Sahad bagi musim baharu 2018 dan The Sherry Show.

"Alhamdulillah.. saya masih lagi diberikan kepercayaan untuk mengacarakan Muzik Muzik tahun depan dan musim baharu program The Sherry Show," katanya.

Berita Harian X