Sabtu, 12 Mei 2018 | 7:28pm
ZAHIRAH rapat dengan Nur Fazura sejak dua tahun lalu. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

'Tiada maksud lain rapat dengan Fazura'

KOTA DAMANSARA: Pelakon, Zahirah MacWilson berharap, persahabatannya dengan Nur Fazura Sharifuddin tidak disalahertikan kerana mereka sudah saling mengenali antara satu sama lain sejak dua tahun lalu.

Zahirah, 23, juga berkata, dia tidak mempunyai maksud lain apabila rapat dengan pelakon J Revolusi itu kerana dirinya ikhlas dalam menjalin persahabatan.

"Kami kenal sudah lama, sejak dua tahun lalu ketika kami sama-sama terbabit dalam penggambaran komersial. Sejak itu, kami berdua menjadi rapat, tetapi mungkin tidak ramai yang mengetahui.

"Jangan salah anggap persahabatan kami kerana mahu berkomplot atau mempunyai maksud lain. Itu tidak benar sama sekali. Kami ikhlas ketika berkawan dan rasanya tiada apa yang perlu dipertikaikan," katanya kepada BH Online.

Terdahulu, bekas kekasih kepada pelakon Zul Ariffin ini turut menghadiri majlis Fazbulous Ramadan Fashion Show 2018 anjuran isteri kepada Fattah Amin itu yang diadakan di Strand Mall, di sini, hari ini.

Ditanya apakah dia sudah bersedia untuk kembali berpacaran selepas putus cinta, pelakon drama rantaian Tak Ada Cinta Sepertimu itu berkata, tiada istilah serik dalam hidupnya.

"Ketika ini, saya masih single dan ingin memberikan fokus kepada kerjaya lakonan. Tetapi, itu tidak bermakna sehingga saya mengabaikan keinginan untuk bercinta.

"Jika nanti perasaan itu datang tiba-tiba, saya akan terima. Semuanya sudah tertulis dan saya percaya, jejaka itu akan tiba tepat pada masanya nanti," katanya.

235 dibaca
Berita Harian X