Jumaat, 15 Jun 2018 | 4:49pm
PENYANYI, Ziana Zain. - Foto Zulfadhli Zulkifli

Ziana bawa anak jalan-jalan

SHAH ALAM: Kebetulan cuti sekolah dua minggu, penyanyi Ziana Zain mengambil kesempatan membawa keempat-empat anaknya bersiar-siar selepas menyambut Aidilfitri.

Ziana memberitahu, kali ini, permintaan anak-anak untuk bercuti dipenuhi selepas sering tertangguh akibat komitmen persembahan dan lakonan.

"Saya mengambil peluang sempena cuti hari raya untuk membawa anak-anak berjalan dan meluangkan masa bersama.

"Kebetulan cuti sekolah jatuh pada Aidilfitri, jadi inilah peluang terbaik untuk saya berlibur dengan anak-anak," katanya kepada BH Online.

Ziana memiliki tiga putera dan seorang puteri iaitu Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Mengenai sambutan Aidilfitri, Ziana berkata, dia dan anak-anak beraya di rumah ibu bapanya.

"Selepas meluangkan masa bersama keluarga dan sanak-saudara, barulah saya meneruskan rancangan bercuti dengan anak-anak," katanya.

Mengulas persiapan mereka lima beranak, Ziana berkata, dia menghabiskan 12 jam melayan anak-anak membeli belah.

"Masing-masing saya belikan persalinan dan kasut baharu... Semuanya mereka pilih sendiri. Baju Melayu dan kurung pula saya tempah dua tahun sekali," katanya.

Berita Harian X