Isnin, 16 Julai 2018 | 10:56pm

Erra, Shahir 'main wayang' lagi?

KUALA LUMPUR: Video berdurasi 16 minit dikongsi Erra Fazira bersama bekas juara Akademi Fantasia (AF), Shahir Zawawi di laman sosial, sebentar tadi, gagal memberi jawapan pasti arah hubungan mereka.

Dilihat sekadar entri 'nakal' bertujuan menarik perhatian, baik Erra mahupun Shahir masing-masing tidak memberi jawapan pasti apakah hubungan mereka akan berakhir di jenjang pelamin.

Tampil berdua melalui aplikasi Instagram (IG) Live pada jam 9.18 malam, Erra dan Shahir yang ketika itu dipercayai sedang menikmati makan malam, meluahkan perasaan masing-masing berhubung gosip bercinta.

Tegas Erra, dia bukan hendak berdolak-dalik dalam soal hubungannya dengan Shahir.

"Jujur kami belum ada rancangan berkahwin. Saya berjanji kalau ada langkah seterusnya dengan dia, pasti akan diberitahu.

"Tapi andai belum lagi keluar daripada mulut saya mahupun Shahir, semua itu bersifat spekulasi. Kalau ada jodoh dengan dia, alhamdulillah . Kalau sebaliknya, saya reda... Doakan yang terbaik," katanya.

Erra menambah, dalam setiap hubungan romantis dirinya sentiasa serius dan mahukan kesudahan yang baik.

"Saya pun bukan muda lagi. Saya memang tak pernah menafikan berkawan dengan Shahir sejak lebih tiga tahun lalu," luahnya.

Erra turut menjelaskan Shahir berniat mengahwininya tetapi belum sampai ke tahap bertemu keluarga untuk berbincang.

"Sebagai perempuan saya tak boleh berlebihan dalam hal ini. Bukan nak sorok atau main tarik tali.

"Memang tiada majlis merisik atau bertunang seperti yang didakwa sebelum ini. Shahir pun belum bertemu keluarga saya," katanya.

Sementara itu, Shahir memohon

peminat terus berdoa agar hubungannya dengan Erra berakhir dengan penamat indah.

"Apabila keluar cerita saya dan keluarga datang beraya ke rumah Erra, ada pula yang anggap ada majlis lain membabitkan kami.

"Doa baik-baik untuk saya dan Erra. Saya belum tahu bila kami akan bernikah...Kalau Allah percepatkan itu baik," katanya.

Bagaimanapun, semakan mendapati video itu tidak boleh lagi ditonton pengikut Erra selepas dipercayai dipada

Berita Harian X