Ahad, 16 September 2018 | 10:23am
BINTANG utama Langsuir, Hannah Delisha dan Syafiq Kyle pada majlis tayangan perdana filem lakonan mereka di MMCineplex Mutiara Damansara. - Foto: Zunnur Al Shafiq
BINTANG utama Langsuir, Hannah Delisha dan Syafiq Kyle pada majlis tayangan perdana filem lakonan mereka di MMCineplex Mutiara Damansara. - Foto: Zunnur Al Shafiq
PELAKON, Hannah Delisha, pada majlis tayangan perdana Langsuir di MMCineplex Mutiara Damansara. - Foto Zunnur Al Shafiq
PELAKON, Hannah Delisha, pada majlis tayangan perdana Langsuir di MMCineplex Mutiara Damansara. - Foto Zunnur Al Shafiq

'Bukan suka-suka nak berkemban'

PETALING JAYA: Pelakon, Hannah Delisha, tidak menganggap babak berkemban lakonannya dalam Langsuir sebagai cubaan untuk mengumpan orang ramai menonton filem terbabit.

Menurut Hannah, 21, babak berkenaan juga bukan eksploitasi terhadap tubuhnya, sebaliknya dipersembahkan sedemikian kerana dilihat bersesuaian dengan jalan cerita.

Menerusi filem terbaru arahan Osman Ali itu, pemilik nama lengkap Hannah Adlina Blackburne Birch ini dipaparkan berkemban ketika menjayakan babak sedang mandi.

“Saya sedar, babak terbabit pasti akan mengundang kecaman netizen. Namun, saya sudah bersedia untuk menghadapinya.

“Cuma saya ingin perjelaskan, babak berkemban itu bukanlah diadakan sekadar suka-suka, sebaliknya sesuai dengan adegan saya sedang mandi. Begitupun, saya ada berpesan kepada pengarah supaya ia tidak kelihatan terlalu seksi,” katanya kepada BH Online.

Mengulas lanjut, Hannah menegaskan, walaupun dirinya bersikap terbuka, namun ada syarat tertentu yang harus dipatuhi sebelum dia menyatakan persetujuan menjayakan babak sedemikian.

“Biarpun ketika itu saya berkemban, namun saya meminta kepada pengarah supaya sebahagian tubuh ini ditutup oleh baju,” ujarnya yang menyifatkan filem berkenaan sebagai kisah fantasi semata-mata.

Selain berkemban, calon awal kategori Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-31 itu turut melakonkan babak rogol bersama pelakon, Firdaus Nadxaman, yang juga penerbit filem terbabit.

Naskhah terbitan Guam TeamWork Sdn Bhd dan Nuansa Films itu juga membariskan pelakon seperti Syafiq Kyle, Julia Farhana, Daaim Jailani, Shahkimin, Nazri John dan Halim Radzi.

Ia bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 20 September ini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X