Isnin, 24 September 2018 | 11:21am
Uyaina Arshad. - Foto Aziah Azmee

'Maryam' penuhi impian Uyaina

KUALA LUMPUR: Impian pengacara meningkat naik, Uyaina Arshad bergelar pelakon tercapai apabila bakal muncul dalam drama berjudul Lelaki Kiriman Tuhan.

Uyaina teruja ditawarkan watak pembantu, Maryam dalam drama berkenaan yang menyaksikan dirinya berganding dengan Mira Filzah yang juga bintang utama.

“Saya gembira kerana akhirnya, impian mencuba bidang lakonan tercapai.

“Syukur kerana saya ditawarkan watak pembantu dalam drama ini. Watak dibawakan sesuai dengan karakter saya,” katanya kepada BH Online.

Bercerita lanjut, Uyaina yang berlulusan sarjana muda undang-undang berharap selepas kemunculannya dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan, ada produksi lain akan menawarkan peluang.

“Tidak dinafikan mulanya saya agak gementar, tetapi apabila sudah beberapa hari di lokasi penggambaran, saya dapat sesuaikan diri.

“Namun, saya berdebar-debar menantikan siaran drama ini, bulan depan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Uyaina yang juga pengacara program Wanita Hari Ini (WHI) memberitahu, dia bakal ‘berhijrah’ sementara ke Jakarta, Indonesia, mulai bulan depan bagi mengacarakan sebuah program realiti terbitan stesen televisyen (TV) negara berkenaan.

521 dibaca
Berita Harian X