Ahad, 7 Oktober 2018 | 9:31pm
FASHA Sandha (kiri) - Foto NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
FASHA Sandha (kiri) - Foto NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN

Selebriti melaram di karpet merah ABPBH 31

PUTRAJAYA: Sesi permaidani merah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 bergema dengan sorakan peminat yang teruja melihat barisan artis kesayangan melintasi laluan tumpuan itu.

Dewan utama Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) digamatkan dengan kehadiran nama popular yang bergaya mengikut tema majlis pengiktirafan, Infiniti.

Paling menarik perhatian, kemunculan pelakon, Fasha Sandha yang bergaya mengenakan gaun hitam berkilau, ditemani Aidil Aziz yang mengenakan rekaan rona sepadan.

PELAKON Filem Wanita Popular, Emma Maembong. - Foto HALIMATON SAADIAH SULAIMAN
PELAKON Filem Wanita Popular, Emma Maembong. - Foto HALIMATON SAADIAH SULAIMAN

Lebih menggamit perhatian apabila calon kategori Pelakon TV Wanita Popular itu turut ditemani adiknya, Elisya Sandha yang memakai persalinan hampir sama umpama pasangan kembar.

Sorakan kuat juga ditujukan kepada bintang Pulang, Remy Ishak yang mengiringi pelakon jelita, Mira Filzah yang juga gandingannya dalam drama bersiri, Lelaki Kiriman Tuhan.

Pasangan lain yang mencuri perhatian ramai, Fattah Amin yang ditemani isteri tercinta, Nur Fazura.

WANY Hasrita - Foto NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
WANY Hasrita - Foto NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN

Hadir berpimpinan tangan, kemunculan mereka itu menerima sorakan gamat yang ternanti-nanti kehadiran pasangan sensasi itu.

Antara artis lain yang turut menerima sorakan ramai adalah Amy Mastura, Amelia Henderson, Zul Ariffin, Zahirah MacWilson, Sangeetha, Sarah Suhairi, Khai Bahar, Wany Hasrita, Siti Nordiana, Emma Maembong dan Aiman Tino.

Berita Harian X