X
Selasa, 13 November 2018 | 5:45pm
Mark dan isteri bakal mengerjakan umrah bersama sahabat baik, Shuib Sepahtu dan isterinya, Siti Sarah. - Foto Instagram Mark Adam
Mark dan isteri bakal mengerjakan umrah bersama sahabat baik, Shuib Sepahtu dan isterinya, Siti Sarah. - Foto Instagram Mark Adam

Tunai umrah, Mark mahu berdoa dikurnia anak

KUALA LUMPUR: Menjejakkan kaki di bumi Anbia adalah impian yang sudah lama disimpan penyanyi dan pelawak popular, Mark Adam.

Berkongsi berita gembira, Mark bakal menunaikan umrah bersama isteri, Ezan dan dua sahabat baiknya, Shuib Sepah dan Siti Sarah, tidak lama lagi.

“Alhamdulillah... Saya terima panggilan untuk menunaikan umrah, sebulan lalu. Risau tidak dapat membuat persiapan dalam tempoh singkat, namun, isteri meyakinkan saya.

“Peluang begini tidak datang berkali-kali. Jadi, kami enggan melepaskannya. Biarpun terpaksa menolak beberapa tawaran atau ‘job’, rezeki datang mencurah-curah hingga pertengahan tahun depan,” katanya kepada BH Online.

Mark berkata, niat asalnya membawa ibu bapa mentua. Namun, ia tidak dapat dilaksanakan berikutan keadaan fizikal yang tidak berdaya.

“Jadi, saya pergi dulu... Mungkin pada masa depan, saya boleh membawa mereka,” katanya.

Mark atau nama penuhnya, Fikri Mark Adam Abdullah berharap beroleh hidayah dan menjadi umat Islam yang lebih baik selepas menjejakkan kaki di Makkah.

Belum dikurniakan zuriat selepas 15 tahun berkahwin, Mark turut berniat berdoa dikurniakan cahaya mata apabila berada di Tanah Suci.

“Selain berdoa kepada Allah supaya menjadi lebih baik, saya meminta doa kepada semua yang berada di sekeliling.

“Saya dan Ezan berharap dikurniakan cahaya mata... Doakan supaya ibadat kami berjalan lancar,” katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X