Selasa, 27 November 2018 | 9:43am
Tomok berkongsi kejayaan anak sulung, Arrian yang memperoleh semua A dalam subjek di tadika. Entri itu menarik perhatian netizen yang sentiasa mengikuti perkembangan Arrian yang disifatkan cukup petah dan pintar. - Foto IG Tomok

Arrian dapat semua A

KUALA LUMPUR: Semua subjek A. Itulah keputusan bagi semua subjek yang diperoleh putera kesayangan penyanyi Tomok, Arrian Shah Akid dalam ujian diduduki di tadika.

Bangga dengan pencapaian Arrian yang berusia enam tahun, Tomok berkongsi keputusan ujian diduduki anak di Instagram. Entri itu pantas dihujani pujian dan kata-kata semangat netizen, baru-baru ini.

Tomok atau atau nama penuhnya, Shah Indrawan Ismail menyanjung usaha isterinya, Siti Rahaya Abas yang memperuntukkan masa mengajar Arrian setiap hari.

“Alhamdulillah, saya berbangga dengan pencapaian Arrian yang mendapat semua A dalam setiap mata pelajaran. Diharap, keputusan ini berterusan sehingga Arrian bersekolah rendah.

Tomok sentiasa mengikuti perkembangan akademik anak-anak biarpun sibuk memenuhi persembahan pentas. Esok Tomok dan Black akan bergabung di konsert istimewa sempena ulang tahun ke-20 Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO). - Foto IG Tomok

“Penghargaan harus diberi kepada isteri dan guru sekolah Arrian yang banyak membantu. Biarpun masih belajar di peringkat tadika, Arrian turut mengikuti kelas agama dan piano,” katanya kepada BH Online.

Tomok berkata, biar sesibuk mana pun, dia berusaha memantau perkembangan akademik anak-anak.

“Saya tetap memperuntukkan masa memantau pelajaran dan perkembangan anak-anak. Itu yang diamalkan saya dan isteri sejak dulu lagi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tomok bersyukur tiket konsert bersama Black Hanifah di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Menara Berkembar Petronas (KLCC) di sini, esok, habis dijual.

“Saya dan Black semakin bersemangat apabila mendapat tahu tiket konsert habis. InsyaAllah... Kami akan menyanyikan 12 lagu dan dua dendangan duet,” katanya.

Konsert Tomok VS Black adalah antara persembahan yang bakal menghangatkan ulang tahun ke-20 Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO).

Berita Harian X