Sabtu, 26 Januari 2019 | 1:10pm
LIZA Hanim dikurniakan anak lelaki, malam tadi. Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Liza Hanim timang anak kelima

KUALA LUMPUR: Penyanyi Liza Hanim selamat melahirkan cahaya mata kelima di sebuah pusat perubatan di ibu negara, jam 10.58 malam tadi.

Pemilik nama sebenar, Haliza Hanim Abdul Halim, 39, itu meluahkan perasaan syukur apabila bayi lelaki seberat 2.85 kilogram itu dilahirkan secara normal.

“Alhamdulillah kerana segala-galanya kini sudah selamat. Proses kelahiran bayi juga berjalan dengan lancar.

“Terima kasih atas doa semua,” katanya dalam satu kenyataan ringkas menerusi pengurusannya, Laugh Out Loud (LOL) Entertainment.

Terdahulu, Liza memaklumkan berita gembira itu dengan berkongsi catatan ringkas mengenai kelahiran bayi itu di laman sosial, Instagram.

Perkongsian itu dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis termasuk Dayang Nurfaizah, Haiza, Puan Sri Tiara Jacquelina, Lan Solo, Dia Fadila serta Syura Badron.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Getaran Cinta Di Jiwa itu mendirikan rumah tangga dengan bekas kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada 2003.

Terdahulu, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Marsya Qistina, 16, Marissa Qalreen, 10, Mohamed Salahuddin, 8, dan Mohamed Ibrahim, 4.

Berita Harian X