Jumaat, 29 March 2019 | 1:00pm
Zetty makin serasi dengan slot Mega Hot yang dikendalikannya di stesen radio, Hot FM. Foto NSTP Rohanis Shukri

Zetty makin 'syok' kendali Mega Hot

KUALA LUMPUR: Selepas hampir sebulan mengendalikan slot malam, Mega Hot di stesen radio Hot FM, Zetty Nabila Muhamad Ghazali makin selesa dan optimis.

Satu-satunya ‘bunga’ dalam kalangan penyampai di stesen radio milik Media Prima Berhad (MPB) itu, Zetty mengaku gementar ketika pertama kali bertugas di konti.

“Semua orang tahu, Hot FM adalah suatu jenama besar. Malah, ramai penyampai stesen radio ini termasuk yang pernah mengendalikan konti mencipta populariti. Faizal Ismail (FBI) dan Fara Fauzana misalnya, pernah menang trofi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH).

“Ketika majikan beri kepercayaan, saya yakin mereka nampak sesuatu yang ada dalam diri ini. Jadi, saya cabar diri dan semakin biasa dengan rutin dalam slot malam,” katanya kepada BH Online.

Zetty berkata, dia bertuah kerana teman penyampai radio lain memberi sokongan dan tidak lokek ilmu.

“Abang ‘senior’ saya di Hot FM semuanya sudah ada nama, mereka tak berkira membantu. Bermacam-macam ilmu dicurahkan mereka,” katanya.

Zetty berkata, dia mula menyesuaikan diri dengan syif malam selepas bekerja dalam jadual tugas normal, sejak dua tahun lalu.

“Sebelum syif malam, sejak dua tahun lalu saya bekerja dari jam 10 pagi hingga 4 petang.

“Sejak bekerja malam, saya ada banyak masa terluang pada sebelah siang. Saya boleh beriadah pada waktu pagi atau bersama keluarga dan makan tengah hari dengan teman-teman,” katanya.

Zetty adalah bekas anggota Hot FM Honda Jazz Zoomerz sejak 2013. Zetty menggantikan Rea yang berpindah ke stesen radio, Kool FM.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X