Khamis, 2 Mei 2019 | 4:41pm
PELAKON, Hanez Suraya bersama suami, Romie Razin Adilha Abd Jais, pada pelancaran Cake Pop dan majlis ‘baby shower’ di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur. - Foto Aswadi Alias
PELAKON, Hanez Suraya bersama suami, Romie Razin Adilha Abd Jais, pada pelancaran Cake Pop dan majlis ‘baby shower’ di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur. - Foto Aswadi Alias

Hanez gila drama, muzik Korea sejak hamil anak kedua

KUALA LUMPUR: Pelakon, Hanez Suraya, mendedahkan dirinya begitu taksub dengan budaya Korea sejak mengandungkan anak kedua.

Menyifatkan ketaksubannya bagai orang sedang mengidam, Hanez berkata, dia kini kerap mendengar muzik dan menonton drama bersiri terbitan negara berkenaan.

Bahkan, dek terlalu teruja, pelakon berusia 33 tahun itu pernah mengajak suami, Romie Razin Adilha Abd Jais, 39, untuk ke Korea bagi memenuhi impiannya.

"Sebelum ini, saya ada juga menonton drama Korea, tetapi keterujaan untuk berbuat demikian berbeza apabila hamil anak kedua.

"Seperti orang mengidam, saya mesti menonton program dari Korea apabila ada waktu terluang. Suami pun melayan sahaja kehendak saya,” katanya kepada BH Online ketika ditemui pada majlis pelancaran pewarna bibir, Cake Pop, dan majlis ‘baby shower’ di sebuah hotel, di sini.

Berikutan kegilaannya itu juga, Hanez yang terpengaruh dengan gaya solekan semula jadi pelakon Korea bertindak menghasilkan produk kecantikan terbabit.

"Biasanya, solekan mereka memang nampak semula jadi. Disebabkan hal itu, saya memilih untuk mengeluarkan pewarna bibir yang dijual secara dalam talian ini,” kata bintang Autumn Di Hatiku dan Love You Mr Arrogant itu.

Pada majlis berkenaan, Hanez turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada awal Julai depan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X