Selasa, 21 Mei 2019 | 9:04pm
Aidil mengesahkan isterinya, Fasha sedang hamil dan dijangka melahirkan bayi sulung mereka pada April tahun depan. - NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

Fasha Sandha hamil

KUALA LUMPUR: Ramadan membawa rahmat kepada pasangan baru berkahwin, Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz apabila aktres jelita itu mengumumkan dirinya hamil.

Berita gembira itu dikongsi Aidil melalui coretan di Instagram, sebentar tadi. Paparan itu diiringi foto coretan penuh bermakna Fasha atas sekeping kertas dan alat ujian kehamilan.

Entri dimuat naik Aidil mengesahkan isterinya, Fasha sedang hamil. - Foto IG Aidil Aziz

Antara lain, coretan Fasha yang ditujukan kepada Aidil, berbunyi:

“Insya-Allah, jika Allah izinkan baby #aidilfasha akan berjumpa kita pada 2 April 2020.

“Saya cinta kamu.”

Fasha turut berharap kehamilannya kali ini dipermudahkan.

“Selamat maju jaya untuk kamu (suami) dalam menjaga ibu yang sedang hamil,” katanya.

Fasha dan Aidil, 30, bernikah pada 30 Mac lalu.

Ini perkahwinan pertama buat Aidil dan kali kedua bagi Fasha. Bintang Anak Halal itu pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai, empat tahun kemudian.

Bersama Ashram, Fasha dikurniakan dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.

Berita Harian X