Jumaat, 5 Julai 2019 | 12:38pm
PELAKON, Hanez Suraya dan suami, Romie Razin Adilha, menyambut kelahiran anak kedua mereka, hari ini. - Foto IG Hanez Suraya

Hanez timang puteri kedua

KUALA LUMPUR: Pelakon, Hanez Suraya, 33, selamat melahirkan anak kedua di sebuah pusat perubatan, di sini, jam 9.11 pagi tadi.

Bayi perempuan berkenaan dilahirkan secara normal dengan berat 3.55 kilogram.

Suaminya, Romie Razin Adillha Abd Rais, berkata isterinya kini dalam keadaan stabil.

"Alhamdulillah, proses kelahiran berjalan lancar dan selamat. Isteri saya kini dalam keadaan stabil

“Dia memang wanita yang kuat," kata Romie.

Romie juga berkata, sehingga kini dia dan Hanez belum memutuskan nama untuk puteri kedua mereka.

“Belum ada ilham lagi. Pastinya kami mahu memberikan nama yang membawa maksud yang baik. Insya-Allah,” katanya.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 25 Mac 2015. Sebelum ini, mereka dikurniakan anak perempuan, Puteri Aleesya, 3 tahun.

Berita Harian X