Ahad, 22 September 2019 | 10:21pm
Artis Kolaborasi, Duo dan Berkumpulan Popular, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah. - NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman
Artis Kolaborasi, Duo dan Berkumpulan Popular, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah. - NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman

Kemenangan Hael, Dayang bukti kolaborasi menjadi

PUTRAJAYA:  Pemenang kategori  Kolaborasi/Duo/Berkumpulan, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, Hael Husaini berharap, trofi itu dapat menutup mulut segelintir pihak yang selama ini, tidak menyenangi gandingannya dengan Dayang Nurfaizah.

Menurut Hael, kemenangan itu membuktikan masih ada yang suka dan mengharapkan mereka terus muncul dengan produk terbaharu selepas Haram yang turut dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu, awal  tahun ini.

"Memang ada pihak yang tidak begitu suka kolaborasi kami. Justeru, kemenangan ini diharap dapat menutup mulut mereka itu.

"Tidak mengapa, saya percaya masih ramai yang suka dengan gandingan ini. Insya-Allah, ada banyak lagi kerjasama yang akan terjalin antara kami selepas ini," katanya kepada BH Online.

Ditanya apakah kemenangan itu turut membuktikan peminat merestui 'hubungan’ mereka berdua, penyanyi yang popular dengan lagu Jampi dan Hajat itu bagaimanapun, malu-malu untuk mengakuinya.

"Kalau benar, saya amat menghargai sokongan yang diberikan selama ini," katanya.

Menerusi kategori itu, Hael dan Dayang bersaing dengan calon lain seperti Alif Satar & Siti Nordiana, Floor 88 & Baby Shima, Insomniacks dan Khai Bahar & Fatin Husna.

Lagi gambar: https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/13/2019/09/609530/anugerah-bint...

Berita Harian X