Ahad, 22 September 2019 | 10:24pm
Artis Versatil Popular, Janna Nick pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH Ke-32, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. - NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman
Artis Versatil Popular, Janna Nick pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH Ke-32, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. - NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman

ABPBH 32 : Janna janji tak 'demand'

PUTRAJAYA: Pelakon, Janna Nick tidak menyangka diumumkan sebagai pemenang kategori Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32.

"Saya anggap Mira Filzah akan membolot semua sebab namanya sedang memuncak sekarang.

"Saya menang mungkin kerana 'tamak'. Janji muka saya bersepah, bayaran murah pun tidak mengapa.

"Saya tidak 'demand'. Saya berterima kasih kepada kelab peminat, Janna Nickers yang berusaha keras menyokong saya," katanya.

Janna berkata, dia akan berusaha memperbaiki kekurangan untuk sampai ke tahap membanggakan.

"Saya tak rasa kualiti saya dalam lakonan, nyanyian dan pengacaraan berada pada tahap bagus.

"Saya harus belajar lagi," katanya.

Berita Harian X